Gardenia (bakeri)

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (didagangkan sebagai Gardenia) merupakan syarikat pembuat produk roti Malaysia dimiliki oleh QAF Ltd, yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura. Bersama dengan Gardenia Filipina, syarikat ini adalah anak syarikat Gardenia Foods (S) Pte Ltd yang beribu pejabat di Singapura. Produk-produk utama keluaran syarikat ini adalah berasaskan roti, kek dan bakeri, Gardenia merupakan syarikat bersekutu Padiberas Nasional Berhad.[1]Syarikat ini terkenal dengan slogan "Sungguh Enak Dimakan Begitu Sahaja".[2]

Gardenia (bakeri)

Pemilik QAF Ltd & syarikat bersekutu Padiberas Nasional Berhad
Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana
Laman web rasmi www.gardenia.com.my
Induk Gardenia Foods (S) Pte Ltd.
Ibu pejabat Singapura
Pengasas Horatio Sye Slocum
Keluaran Roti, bakeri
Ditubuhkan 1986; 35 tahun yang lalu (1986) di Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat diberi khidmat Malaysia, Singapura dan Filipina
Nama perdagangan Gardenia
Jenis Bakeri